Sebelum Membeli

Terma Perkhidmatan

Dikemas kini: 18 Oktober 2026

Skop servis

Setiap tier merangkumi kandungan, coaching dan tempoh support seperti dinyatakan pada halaman pakej semasa pembelian. Tier yang lebih tinggi merangkumi manfaat tier di bawahnya kecuali dinyatakan sebaliknya.

Keputusan kerjaya

EJM menyediakan coaching, bahan dan strategi. Interview, tawaran kerja, kenaikan gaji, visa, work pass dan kelulusan badan profesional tidak dijamin kerana keputusan dibuat oleh majikan atau pihak berkuasa berkaitan.

Langganan pihak ketiga

AI AutoApply bagi Tier 0 hingga Tier 2 memerlukan langganan AI-Pro sendiri sebanyak USD17 sebulan. Langganan tersebut tidak termasuk dalam harga pakej EJM.

Penjadualan

Sesi tertakluk kepada slot dan availability. Peserta perlu memberikan maklumat yang diperlukan dan hadir pada masa yang dipersetujui. Permintaan perubahan jadual hendaklah dibuat seawal mungkin.

Pembayaran, upgrade dan pembatalan

Bayaran mengesahkan tempahan slot atau pembelian modul. Pelanggan boleh upgrade ke tier lebih tinggi dengan menambah baki berdasarkan harga pakej semasa selepas ditolak jumlah bayaran sah terdahulu. Sebelum membuat bayaran, pastikan pakej, skop dan jadual sesuai. Permintaan pembatalan atau pertukaran akan dinilai berdasarkan akses bahan, sesi yang telah digunakan dan kos pihak ketiga yang telah berlaku.

Kandungan digital

Akses video, nota, template dan bahan digital adalah untuk kegunaan pembeli sahaja. Bahan tidak boleh dikongsi, dijual semula, diterbitkan atau diedarkan tanpa kebenaran bertulis EJM.

Ketepatan maklumat

Peserta bertanggungjawab memastikan maklumat resume dan permohonan kerja adalah benar. EJM tidak menyokong pemalsuan kelayakan, pengalaman atau maklumat permohonan.

Hubungi

Untuk pertanyaan, hubungi @engineeringjobsmsia.